Saturday 12 May 2012

Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah

Klik banner kalau nak join
tarikh tutup : 16 Mei 2012



adik suka naik kereta
 naik kereta dengan Cik Sal
Contest Cikgu Mala awesome tak terkata
mari sertai,pasti tidak menyesal

air dicari di dalam tempayan
agar senang membasuh kereta
hadiahnya menarik lagi lumayan
pasti menjadi tarikan peserta

mari pergi mendaki gunung
mendaki gunung si tama
harapan hati tinggi menggunung
agar dapat memenangi hadiah utama :)




Syarat yang simple :- 
  1. Buat entry bertajuk 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'
  2. Letakkan banner di atas dalam entry anda.
  3. LIKE page ini AdeqRifqi [wajib]
  4. Kalau suka boleh FOLLOW blog ini [tak wajib]
  5. Tuliskan ucapan terima kasih anda pada guru kesayangan [ikhlas dari hati yea... :)]
  6. Tag 2 orang rakan anda
  7. Tinggalkan link entry di comment box
     Tarikh : 30 April 2012 sehingga 16 Mei 2012 





Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.


Guru bukanlah hanya guru yang mengajar di tadika,sekolah mahupun universiti sahaja.Guru ada di mana-mana.Siapa sahaja yang berilmu dan menyampaikan ilmunya kepada kita secara langsung mahupun tidak juga adalah guru.


Walaupun sudah 3tahun meninggalkan alam persekolahan,aku masih ingat waktu dulu.waktu terindah dalam hidup aku yang tidak mampu aku ulang kembali.Ya,alam persekolahan yang penuh dengan cabaran, keseronokan, kesedihan.

Kalau diikutkan,aku bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran,namun guru-guru yang mengajarku banyak memberi dorongan.Mereka tidak sedikit pun berasa penat untuk mengajarku sehingga aku berjaya kini.Ya,banyak sungguh jasa mereka terhadapku.Cikgu Salmah,masih kuat ingatan ku terhadap beliau.Beliau lah yang banyak membantu aku di dalam pelajaran,banyak memberi sokongan dan nasihat kepadaku.

Ketika aku sedih,dialah penawar kesedihanku.Alhamdulillah,aku kini mampu berbangga dengan diriku.Terima  kasih cikgu.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua cikgu sama ada yang pernah mengajarku ataupun tidak.Tanpa guru,sipalah kami generasi muda remaja ini.Tanpa guru,tiadalah generasi berintelektual di masa hadapan.


sempena hari guru yang bakal menjelang ini,aku ingin mengucapkan


Terimalah serangkap pantun dariku untuk semua guru di Malaysia..

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan, 
Peliharakan Lidah Semasa Berkata; 
Sabda Nabi Dijadikan Panduan, 
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China. 

Belayar Bernakhoda, 
Berjalan Dengan Yang Tahu; 
Ketika Ilmu Ditimba, 
Biarlah Kita Berguru. 

Teratai Melati Melur Dan Mawar, 
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi; 
Guru Laksana Pelita Pelajar, 
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati. 

Di Mana Ada Kemahuan, 
Di Situ Ada Jalan; 
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan, 
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.




Saujana - terima kasih guru

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Tag :

No comments: