Tuesday, 1 May 2012

My 22nd Birthday Giveaway

*Klik banner kalau nak join*



mari dengar satu cerita
cerita datang dari Cik Solehah cantik jelita
Ingin membuat giveaway kali kedua
Giveaway nya awesome tak terkata

air dicari di dalam tempayan
agar senang membasuh kereta
hadiahnya menarik lagi lumayan
pasti menjadi tarikan peserta

mari pergi mendaki gunung
mendaki gunung si tama
harapan hati tinggi menggunung
agar dapat memenangi hadiah utama :)


pantun kurang menjadi..kehkeh..mari kita tengok cara-cara nak join pulak..;)


SYARAT-SYARAT


.: Wajib follow blog Solehah :.
.: Tarikh : 26 April-26 Mei 2012 :.
.: Khas kepada BLOGGER MALAYSIA sahaja :.
.: Buat entry bertajuk ''My 22nd Birthday Giveaway'' :.
.: Lekatkan banner GA dalam entry & backlinkkan semula ke SINI :.
.: Buat ucapan sempena Hari Lahir saya (boleh buat dalam BM @ BI) :.
.: Penyertaan kurang dari 10 orang, GA automatik terbatal :.
.: Letakkan link entry anda ke dalam komen entry ini :.
.: Pemenang ditentukan oleh UCAPAN TERBAIK :.
.: Tag 3 orang bloggers :.
.: Itu saje :.

HADIAH

* Hadiah dihantar ke emel pemenang *

1st : Topup RM 30 (Maxis/Celcom/Digi)

2nd : Topup RM 20 (Maxis/Celcom/Digi)

3rd : Topup RM 10 (Maxis/Celcom/Digi)




Terimalah ucapan ini dariku untukmu yang bernama Solehah Shamsuddin

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. 

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.

Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.

Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]



Disini saya mengucapkan :




Selamat hari lahir
itu ucapan ku
terima kasih
itu ucapan mu
semoga panjang umur
doa dari ku buat mu


kau, aku dan mereka senyum dan ceria
Kek, kad dan hadiah diatas meja
menambahkan ceria dan bahagia
untuk seorang insan yang masih bernyawa
tapi kalau mati, ia sudah tidak bermakna
bersyukurlah punya peluang makan-makan tanda kesyukuran
sedangkan ramai umat manusia yang mati kebuluran
bertuahnya kita ada yang memberikan peringatan
sedang ramai manusia dalam kealpaan


Kita menghitung hari lahir, usiapun bertambah
Ada yang sedar diri makin dewasa
Ada yang insaf diri sendiri makin tua
Tapi ramai juga yang perasan,
Makin berusia makin anggun dan bertenaga katanya


Namun,
aku hanya ingin memberikan secebis peringatan
untuk mu, aku dan kalian
Dicelah-celah kek, hadiah dan ucapan
ketika menyambut ulangtahun kelahiran
anggap makan-makan pengukuh ukhuwah
hadiah tanda kasih sayang
kad tanda peringatan terkurang setahun usia yang dikurniakan


Sesungguhnya,
Tibanya hari lahir
ertinya semakin mendekati kematian
semakin mendekati kematian
ertinya semakin kurang kesempatan
merebut masa membuat amalan


Kerna itu,
ingin kuucapkan buat mu
"Selamat hari lahir wahai teman dan insan tersayang"
Ketika menerima ucapan, kenang-kenangkan amalan dan kematian.
Semoga umur yang dikurniakan membawa kerahmatan dan keselamatan.



Akhir sekali,saya sertakan video ini,jom kita nyanyi sama-sama?hihi

Saujana - Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi











tag : IqaIzzulZaida

4 comments:

Solehah Shamsuddin said...

Salam.Tq join GA ye.Goodluck.

Iena Eliena said...

salam
singgah sini:)

jom join 1st giveaway by cik iena
http://www.ienaeliena.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html

Cik Puan Muda Umi said...

wslm..sama-sama..harap ada rezeki..;)

Cik Puan Muda Umi said...

wslm..insyaAllah saya akan join..terima kasih invite..;)