Wednesday, 25 April 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

*klik banner kalau nk join*
Tarikh Tutup : 10 May 2012

Kepada siapa2 nak join contest nie ade syaratnya, antaranya adalah :
  • Follow blog Aqma
  • Letakkan banner di atas, dan link kn kepada contest ni
  • Buat satu entry yg bertajuk  CONTEST : I LOVE MY FRIENDS bersama gambar korang dengan kawan korang ( tak kesah la kawan korang sorang ataupun ramai)
  • Sertakan ‘KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?
  • Lastly, Letakkan link blog korang dekat kotak comment Aqma
  • Tag kan kepada sorg rakan blogger anda. (make sure dia tahu)



kita bagai cerita dalam novel..
ketiadaan dalam sebuah kewujudan..
sahabat sejati selalu yang terindah..

sebuah harta dalam kehidupan..
sebuah cahaya dalam kegelapan..
setitik air dalam kekeringan..

sepercik kasih dalam kebekuan..
dan satu cinta dalam kebersamaan..
kerana SAHABAT adalah hidup..
dan hidup adalah SAHABAT..




Ini lah sahabat saya dunia akhirat, Norain binti Md Saad


Kenapa saya suka berkawan dengannya?


Semua orang mempunyai kawan tapi amat sukar untuk mencari sahabat sejati. Ya,saya akui saya tidak mempunyai ramai kawan tetapi saya punyai sorang sahabat yang sanggup bersusah-payah bersama saya selama bertahun-tahun kami berkawan.Itu sudah memadai bukan?

Norain binti Md Saad namanya,semanis wajahnya.Alhamdulillah,sudah 6 tahun kami berkawan,bermula sejak dari tingkatan 3 dahulu lagi.Kadang-kadang kami bergaduh, kadang-kadang kami bergelak ketawa bersama dan paling penting, kami sentiasa bersama ketika kesedihan,kekecewaan melanda.

Ya,saya sayangkan dia kerana dia sanggup bersabar dengan sikap saya yang agak panas baran ini,dia sentiasa memberikan nasihat dan dorongan ketika saya tidak yakin dengan diri saya dan dia sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukannya.Bersyukur tak terhingga kerana saya mempunyai sahabat sejati sepertinya.Terima kasih ya Allah dengan pemberianmu ini.Amin




Sahabat,jika engkau membaca entri ini,lagu ini saya tujukan untuk kamu.Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.Amin


UNIC - Kawan

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun 
Kita tetap bersama 
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu 
Umpama lipan dan kala 
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta



tag : Tirah

No comments: